Jumaat, 11 November 2016

PETA IPOH , PERAK

Ibu negeri Perak ialah Ipoh . Ipoh merupakan sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta . Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur , George Town dan Johor Bahru

Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah sekitarnya daripada lokasi yang terkenal dengan perlombongan bijih timah . Nama 'Ipoh' diambil daripada pohon "epu" panggilan oleh orang putih atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka . Manakala Orang Cina pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh' 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan