Sabtu, 12 November 2016

TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI IPOH , PERAK

1.LOST WORLD OF TAMBUN

-Satu destinasi percutian bersama keluarga yang sangat popular di Perak yang mempunyai pelbagai tarikan seperti taman tema air , kolam air panas , amusement park , lost world petting zoo , tiger valley dan sebagainya.


2.TAMAN REKREASI GUNUNG LANG


-Taman rekreasi gunung lang merupakan satu tempat menarik di Ipoh . Di taman ini terdapat tasik dan dikelilingi dengan bukit batu kapur . Pelancong boleh menaiki bot untuk bersiar-siar . Ada juga beberapa kandang binatang yang pasti membuatkan anak-anak teruja.

3.FANTASY HOUSE TRICK ART



-Satu tempat menarik di Ipoh untuk dilawati bersama keluargan dan anak-anak . Di sini terdapat banyak lukisan mural 3D yang kelihatan seakan-akan 'Hidup' apabila diambil gambar dari sudut yang betul.

4.TAMAN MINI JEPUN






-Apa yang menariknya tentang taman ini ialah binaan landskapnya adalah hampir sama dengan sebuah taman yang popular di Fukuoka , Jepun

5.GERBANG MALAM


-Gerbang malam merupakan sebuah pasar malam yang berkonsepkan ala-ala 'uptown' yang menempatkan banyak gerai yang menjual barangan samaada pakaian , tali pinggang , minyak wangi , kasut dan sebagainya , Harga di sini boleh dikatakan murah dan pengunjung boleh tawar menawar dengan penjual . Satu tempat menarik di Ipoh pada waktu malam untuk dikunjungi.

6.PASAR KARAT


-Merupakan sebuah pasar yang juga dikanali dengan nama 'Memory lane' . Bagi perminat barangan antik dan klasik , anda sangat dicadangkan untuk datang ke sini . Pasar ini dibuka pada hari Ahad sahaja.

7.GUN TEMPURUNG









-Gua tempurung terletak di Gopeng , ia antara gua terpanjang di semenjung Malaysia , iaitu kira-kira 1.9km , Untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung , lampu dipasang sepanjang laluan pejalan kaki dan tangga.

8.ISTANA KELLIE'S CASTLE

-Istana kellie's castle terletak di Batu Gajah . Ia memiliki rekabentuk unik terpengaruhi senibina India . Kedudukannya diatas bukit membuatkan kelihatan sangat mengagumkan . Sejarah kellie's castle ini bermula pada tahun 1915 dimana ia dibina oleh William kellie Smith untuk isterinya Agnes . Istana ini kini dipelihara seperti asalnya oleh kerajaan negeri Perak dan menjadi salah satu tarikan pelancongan di Ipoh.


9.KINTA RIVERFONT


-Dianggap I-City Ipoh, Kinta Riverfront adalah kawasan pinggir Sungai Kinta yang dipenuhi dipenuhi dengan cahaya berwarna warni. Bezanya? Masuk di sini secara percuma, dan tiada bayaran untuk parkir. Antara aktiviti waktu malam yang seronok dibuat di sini adalah berbasikal dua dan tiga tempat duduk. Best!

10.MUZIUM DARUL RIDZUAN


-Bagi yang ingin mengetuhui sejarah pembangunan Ipoh , lawatilah muzium yang sudah berusia lebih 100 tahun ini . Menariknya , seni bina muzium ini mempunyai ciri-ciri Inggeris . Di dalamnya pula mempamerkan artifak serta bahan sejarah perlombongan bijih timah dan pertanian di Ipoh.
AKIVITI MENARIK DI IPOH

1.MANDI AIR TERJUN

-Terdapat dua air terjun di Ipoh
A).Air Terjun ulu Kinta
      B)Air Terjun Chepor

3.BERAKIT DI SUNGAI KAMPAR
-Jika anda sukakan aktiviti sebegitu , anda boleh berakit di jeram (white water rafting) melalui sungai kampar yang airnya kadangkala tenang dan ada kalanya cukup mencabar hingga anda mungkin tercampak keluar dari rakit

4.AKTIVITI DI GUA TEMPURUNG



Aktiviti Pakej A dipanggil ‘Golden Flowstone’. Pakej ini membawa pelancong hingga ke platform ke-3 sahaja. Aktiviti ini mengambil masa selama 40 minit. Setiap pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM6 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak.

Aktiviti Pakej B dipanggil ‘Top Of The World’. Aktiviti ini mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Sekurang-kurangnya diikuti seramai 5 orang dewasa setiap lawatan. Setiap pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM9 bagi dewasa dan RM4.50 bagi kanak-kanak. Pakej ini bermula pada 9 pagi hingga 3 petang setiap hari.

Aktiviti Pakej C dipanggil ‘Top Of The World and River Adventure’. Aktiviti ini mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Aktiviti ini memerlukan lapan orang dewasa sekurang-kurangnya. Setiap pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM11 bagi dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak. Pakej ini dibuka pada 9 pagi hingga 12 tengahari setiap hari.

Pakej D dipanggil ‘Grand Tour’, aktiviti ini mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Peraturan ialah memerlukan lapan orang dewasa setiap lawatan. Pakej ini hanya dibuka pada 9 pagi hingga 12 tengahari setiap hari. Pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM22 bagi setiap dewasa jika kanak-kanak hanya bayar RM11.



TEMPAT MAKANAN YANG MENARIK DI IPOH

1.RESTORAN SIMPANG TIGA


-Lokasi : D-G , Green Town Square , Jalan Dato' Seri Ahmad Said , 30450 Ipoh , Perak
No . Tel :05-2551180

2.RESTORAN MEE UDANG & KETAM SEMPOI DIRAJA


-Lokasi : No 51 , Lorang Sungai Choh 10 , Taman Tanjung Perdana Ulu Kinta , Tanjung Rambutan 31150 Ipoh , Perak
No Tel ; 019-4664816

3.MEE REBUS RAMLI


-Lokasi : No 767 , Taman Tasik Jaya , Jalan Kuala Kangsar , 31400 Ipoh , Perak
No Tel ; 0175494055


4.RESTORAN 21 GRILLED


-Lokasi : Lot A-10 River Walk @ Kinta Riverfront , Jalan Lim Bo Seng , 30000 Ipoh , Perak
No Tel : 013-6106687


5.RESTORAN SABU-SABU



-Lokasi : 14 , Jalan Raja Dr. Nazrin Shah , 30250 Ipoh , Perak
No Tel : 05-2413555

6.NASI GANJA ATAU NASI KANDAR


-Lokasi : 2 Jalan Yang Kalsom , Taman Jubilee , 30300 Ipoh , Perak

TEMPAT PENGINAPAN DI IPOH


1.HERITAGE HOTEL IPOH

2.IMPIANA HOTEL


3.KINTA RIVERFRONT HOTEL


HOMESTAY YANG TERDAPAT DI IPOH


-Homestay Izzah 

No 17, Jln Perpaduan Indah 9, Tmn Perpaduan Indah, Tambun, Ipoh, Prk.
Teres 3 bilik
0195701152/0195751152
Harga 1 malam ialah RM180-200
Sebuah rumah yg dilekapi dgn 2 penghawa dingin, peralatan memasak, mesin basuh, seterika dan astro.

-Sofea Homestay 
29 Laluan Meru Permai 6, Halaman Meru Permai,Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak
Teres 3 bilik setingkat
0135215079
Harga 1 malam ialah RM140
Berdekatan interchange Lebuhraya Utara Selatan. 10 minit ke Ipoh, Lost World of Tambun, access yang mudah kePoliteknik Ungku Omar,dan STAR. Rumah berkelengkapan dengan set bilik tidur, microwave, tv dan kipas setiap bilik.

-Nazra homestay 
2,Tmn Lembah perpaduan Permai, 31150 Ulu Kinta Perak
Rumah Teres Setingkat (Lot Tepi)
0195730399
Harga 1 malam ialah RM150
3 bilik dan 2 bilik air, ruang barbeque, dilengkapi dengan perabut, kelengkapan spt toaster, seterika, microwave, peti ais, tv dan cerek elektrik. Dekat dengan Lost world of Tambun, Institut Perguruan Ipoh, KemPGA, Hospital Bahagia Tg Rambutan, berhadapan Giat Mara Tambun.

-Homestay Seri Meru 
2, Hala Tmn Meru 12, Tmn Meru IIB,30020 Ipoh
Teres 2 tingkat
012 469 1980
Harga 1 malam ialah RM100 - 180
3 Bilik, 2 bilik air, 3 tilam queen, 2 single bed, tingkat bawah hawa dingin dgn katil 2 tingkat, sofa, TV, peti sejuk, meja makan.

-An-Nur Homestay 
No.37,Jln Tawas Baru 12,Taman Tasek Damai,30010,Ipoh,Perak
Rumah teres 2 tingkat/4 bilik
0172793030, 052915696
Harga 1 malam ialah RM220
Mempunyai 4 bilik berkelengkapan set bilik tidur king, queen, single dan 3 bilik air. Dilengkapi peti sejuk, peralatan memasak, dapur gas, pembakar roti, jug keetle, rice cooker.

-Mai Homestay 
No.1,Lebuh Tembok 3,Tmn Permai,30010,Ipoh
Teres / 3 bilik , 2 bilik air
019-5759750, 019-5778746
Harga 1 malam ialah RM 150.00
Lot tepi,kws lapang yang luas. Bilik utama(katil saiz king) hawa dingin, 2 bilik(2katil single tiap bilik) ada kipas. Sejadah,bantal dan tilam xtra. Set BBQ

-Nur homestay 
no 7,jln chepor indah 24, chepor indah ,31200, Chemor, Ipoh
Banglo
0134101052/0124277296/nurhomestay7@yahoo.com
Harga 1 malam ialah Rm 150 - 250
Dekat dengan jalan besar berhadapan gerai buah-buahan, deretan kedai dan tidak jauh dari tempat rekreasi air terjun Chepor. 15 minit ke pusat bandar dan memory lane di Ipoh. Sesuai untuk keluarga yang besar atau 2 hingga 3 keluarga kecil yang bercuti, berkumpul atau menerima tetamu untuk majlis di Perak khasnya Ipoh dan persekitarannya.

-Taman Tambun Homestay (Cosy Casa) 
No 3, Jln Koperasi 9, Tmn Perpaduan Koperas, Tambun, Ipoh
Teres 2 tkt / 4 blk / 4 blk air
014-9039202(yangko)/uwah_roar@yahoo.com
Harga 1 malam ialah RM395.00
5 min dpd Lost World of Tambun, Giant, Extreme Park. Perabot, balkoni, ruang tamu yg selesa, tv LCD 32", tidak berkongsi dgn penyewa lain. Untuk Muslim sahaja.

-Sha Eja Homestay 
No 2 Laluan 20, Tmn Kelebang, Ipoh, Perak
Teres 3 bilik 2 bilik air
019-5170031/ 019 5100032
Harga 1 malam ialah RM 150
Menyediakan 5 buah rumah penginapan yang berdekatan dengan kelengkapan penuh beserta aircond (setaraf hotel) pada kadar murah. Maklumat lanjut hubungi Faizah/ Fuad

-De Meru Homestay 
Persiaran Bukit Meru 1, Tmn Bukit Meru, Ipoh
Banglo, 3 bilik
013-4530563
Harga 1 malam ialah RM330 (boleh dirunding)
Banglo yang kemas dan selesa. 2 bilik dilengkapi dengan aicond. Ruang tamu dan ruang keluarga yang lapang dan selesa. Kemudahan asas disediakan. Rumah berdekatan masjid dan TOL Jelapang, 20 minit ke LOST WORLD TAMBUN

-A,isy Homestay Ipoh Perak 
No 27 Jln Sri Klebang 31, Bndr Baru Sri Klebang, Ipoh Perak
Teres Satu Tingkat /3 Bilik/2 bilik air
0135845842 Azharri
Harga 1 malam ialah RM 150
2 bilik ada aircond. Parking berbumbung. Sesuai untuk bercuti di Ipoh (Lost World Of Tambun). Rumah berperabot lengkap, kemudahan memasak. Sewaan mengikut bilik pada hari bekerja juga disediakan. Tidak berkongsi dengan penghuni lain.

Jumaat, 11 November 2016

MAKLIMAT SYARIKAT PELANCONGAN KE IPOH


Nama Syarikat
Ipoh Secrets Tour
Alamat
101-2 Jalan Meru Bestari B2, Meru Raya Ipoh, Perak, IpohPerak, Malaysia
Telefon Mudah alih
+60125212773
Laman Sesawang

PETA IPOH , PERAK

Ibu negeri Perak ialah Ipoh . Ipoh merupakan sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta . Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur , George Town dan Johor Bahru

Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah sekitarnya daripada lokasi yang terkenal dengan perlombongan bijih timah . Nama 'Ipoh' diambil daripada pohon "epu" panggilan oleh orang putih atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka . Manakala Orang Cina pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh'